RAKYAT Malaysia yang ditembak menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.
RAKYAT Malaysia yang ditembak menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.
Oleh Adnan Mohamad

Kota Bharu: Seorang rakyat Malaysia nyaris maut akibat ditembak di belakang kepala, dipercayai oleh individu dikenali di depan hotel di pekan Sungai Golok, Selatan Thailand, jam 2 pagi, semalam.

Mangsa berusia 25 tahun berasal dari Tanah Merah parah dan kini dirawat di Hospital Sungai Golok.

Jurucakap Balai Polis Sungai Golok memberitahu, kejadian dipercayai akibat pertengkaran peribadi antara mereka.

“Siasatan rapi masih dijalankan tetapi tidak menolak tembakan dilepaskan kerana masalah peribadi dan pertengkaran antara mereka.

“Kami juga percaya mangsa mengenali individu yang menembaknya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2015 @ 6:50 AM