ANGGOTA bomba mengambil masa empat minit untuk mengeluarkan kanak-kanak dari kereta.
ANGGOTA bomba mengambil masa empat minit untuk mengeluarkan kanak-kanak dari kereta.
Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Bahau: Seorang ibu cemas apabila anak perempuannya berusia dua tahun terperangkap hampir setengah jam di dalam kereta.

Kejadian berlaku pada 3.55 petang tadi apabila wanita berusia 30-an itu berhenti di pintu masuk Kampung Lonek bagi membeli pisang goreng.

Ketua Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Bahau, Pegawai Bomba Ramelan Ribut berkata, sebaik ibu kanak-kanak berkenaan keluar dari keretanya tanpa mematikan enjin dan penghawa dinginnya menyebabkan ia terkunci secara automatik.

"Bomba menerima panggilan pada 4.02 petang dan tiba di lokasi 12 minit kemudian sebelum mengambil masa empat minit untuk mengeluarkan kanak-kanak terbabit selepas membuka kunci pintu menggunakan dawai penyangkut baju," katanya.

Ramelan berkata, ketika kejadian mangsa berada di tempat duduk belakang dan bomba membuka pintu pemandu bagi mengeluarkannya yang sudah menangis.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2015 @ 6:54 PM