RANGKAIAN penjagaan wajah untuk kulit normal yang menggunakan khasiat buah kiwi.
RANGKAIAN penjagaan wajah untuk kulit normal yang menggunakan khasiat buah kiwi.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Buah kiwi dan limau gedang banyak khasiatnya jika ia diamalkan dalam diet harian mahupun untuk tujuan kecantikan kulit.

Misalnya mengamalkan pengambilan buah kiwi segar yang kaya dengan vitamin C (dua kali lebih tinggi daripada lemon) membantu mencerahkan kulit dengan lembut dan selamat.

Bagi yang mempunyai masalah kulit berminyak, limau gedang pula mempunyai manfaatnya dalam mengawal penghasilan minyak.

Amalan pengambilan dua biji buah kiwi dan sebiji limau gedang sehari memberi kesan diinginkan pada penampilan wajah sempurna.

Memahami manfaat limau gedang dan kiwi, Safi Balqis memperkenalkan rangkaian penjagaan wajah White Trilogy bagi membantu menyerlahkan keyakinan diri dengan kulit muka cerah sempurna.

Pengurus Kumpulan Produk Safi, Mahsuri Sulaiman berkata, keunikan dan teknologi kecantikan bersama cara penggunaan yang betul membantu menjadikan impian memiliki kulit cerah mampu dikecapi.

“Melalui kombinasi formula teknologi inovasi kecantikan serta sains, produk penjagaan wajah ini direka khas untuk semua jenis keperluan kulit.

“Kami percaya semua wanita berhak mendapat rejim penjagaan wajah yang sempurna seawal usia muda remaja,” katanya.

Justeru, jenama berkenaan membuka dimensi baru dunia kecantikan dengan memperkenalkan Sistem White Trilogy yang diuji secara saintifik untuk mencerah tiga lapisan epidermis kulit bagi membantu mencerahkan muka.

Kombinasi arbutin yang terkenal dengan manfaat pencerahan di dalam produk penjagaan wajah serta teknologi Nano BioWhite yang membantu melambatkan proses pigmentasi.

Pada masa sama, ia juga membantu mengurangkan kerosakan sel serta meningkatkan kelembapan sekali gus menjadikan kulit cerah bermaya.

Dutanya, Hanis Zalikha Zainal Rashid turut berkongsi resipi kecantikan cerah sempurna melalui rejim penjagaan wajah yang betul menerusi inovasi formula khusus daripada buah segar.

“Lima langkah asas di dalam penjagaan wajah iaitu membersih, menyegar, memelihara, melembap dan menyerikan wajah adalah elemen utama bagi memastikan kulit sentiasa cerah sempurna tanpa cela.

“Penjagaan kecantikan luar dan dalam haruslah dititikberatkan agar kulit sentiasa segar, anjal serta kurang kedutan. Lima langkah asas yang mesti ada bersama saya setiap hari ialah pembersih muka, penyegar, krim pelembap, serum dan krim BB.

“Selain itu, menikmati snek sihat seperti buah-buahan segar dalam diet harian dan minum air masak yang banyak turut menjadi amalan seharian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2015 @ 12:32 PM