BUNGKUSAN set bersalin yang lebih moden dan praktikal.
BUNGKUSAN set bersalin yang lebih moden dan praktikal.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Masyarakat Melayu memang terkenal dengan amalan berpantang selepas bersalin. Sejak turun-temurun, tertib ketika berpantang sangat ketat.

Antara amalan ketika berpantang ialah berjalan dengan perlahan, tidak boleh banyak bergerak, dilarang duduk bersimpuh, diet dan penjagaan pengambilan makanan setiap hari.

Namun, kebanyakan wanita hari ini mula menunjukkan kecenderungan untuk memilih cara berpantang yang lebih moden, mudah dan praktikal.

Peraturan dan pantang yang ditetapkan dalam adat Melayu dikatakan menyusahkan dan menyukarkan keadaan. Ini ditambah dengan adanya amalan ‘wajib’ seperti berurut, bertungku, bengkung, mandian herba dan memakai pilis di dahi yang mengambil tempoh lama sehingga 44 atau 60 hari pemakaiannya.

Bagi individu yang mementingkan kesihatan dan kecantikan, ia bukan satu masalah besar kerana mereka mengetahui dan memahami kepentingan berpantang ini.

Tempoh rawatan yang sempurna sangat diperlukan bagi mengembalikan kecergasan dan kesegaran tubuh selepas proses bersalin. Ia dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti bisa urat, angin, sakit kepala dan perut menggeleber.

Jika amalan berpantang diabaikan, tidak mustahil banyak kesan sampingan yang akan terjadi kepada wanita yang baru melahirkan anak.

Berbeza bagi wanita moden, amalan berpantang tradisional ini bukan satu pilihan buat mereka, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelak daripada amalan berpantang.

Justeru, melalui kajian dan penelitian yang dilakukan, Set Bersalin Anugerah dicipta. Walaupun bentuk bungkusan lebih moden, ia masih mengekalkan manfaat tradisi berpantang yang harus dilalui oleh kebanyakan wanita bersalin dalam cara mudah.

Set bersalin berkenaan adalah cara mudah bagi wanita yang ingin kembali cergas dan bertenaga selepas bersalin. Pada masa sama, ia membantu mengembalikan bentuk badan yang langsing dan ideal.

Menariknya, set berkenaan dirumus selepas memahami kehendak dan keperluan wanita moden yang inginkan produk bersalin yang mudah digunakan serta praktikal sepanjang masa.

Set bersalin itu menampilkan produk yang dicipta hasil kombinasi herba tradisional yang dipercayai sejak zaman nenek moyang. Namun, usah gusar kerana pemakaiannya tidak sukar seperti apa yang difikirkan.

Ekstrak herba

Teknologi moden menjadikan produk berkenaan dihasilkan dalam bentuk ekstrak herba berkualiti ting­gi yang merangkumi penjagaan secara dalaman dan luaran badan.

Ia didatangkan dalam empat pilihan iaitu Set Normal (RM199), Set Medium (RM288), Set Premium (RM588) dan Set Caesarean (RM558).

Antara kandungan produk dalam Set Bersalin Anugerah termasuklah Minyak Sejuta Rahsia, Minyak Pilis, Losen Sejuta Khasiat, Mandian Sauna Herba, Rahsia Kebersihan Wanita, Minyak BeBe dan minuman kesihatan Ubat Periuk, Ubat Bijian serta Gamat Manjakani.

Lazimnya, sesetengah ibu yang baru bersalin berasa lemah dan pening akibat mengeluarkan begitu ba­nyak tenaga di samping kekurangan darah akibat proses bersalin.

Ini ditambah dengan waktu tidur yang tidak menentu apabila terpaksa berjaga malam disebabkan bayi meragam dan menangis. Justeru, melalui amalan set bersalin berkenaan, kecergasan ibu dapat dikembalikan secara semula jadi dan lebih cepat.

Misalnya penggunaan Minyak Sejuta Rahsia Anugerah yang membantu memulihkan sakit badan, mengatasi masalah angin, sakit belakang, urat kembang, bisa otot, lenguh dan masalah dalaman wanita.

Minyak berkenaan boleh dijadikan sebagai minyak urut sepanjang tempoh berpantang mahupun selepas berpantang. Menariknya kombinasi herba tradisional yang digunakan seperti minyak kayu putih, ekstrak halia bara, serai, limau purut dan minyak avokado membantu memulihkan sistem dalaman dengan berkesan.

Kesan panas yang berpanjangan dan aroma segar herba pula memberi ketenangan yang berpanjangan buat ibu bersalin. Selain itu, keselesaan bayi turut dititik­beratkan bagi menggalakkan si kecil mendapat tidur yang lebih tenang dan lena.

Minyak BeBe Anugerah dirumus khas untuk me­ngatasi masalah kesihatan berkaitan bayi seperti menangis malam, kembung perut, sawan angin, angin pasang dan gigitan serangga.

Formulasi herba tradisional seperti minyak kayu putih, lengkuas, serai, limau purut dan pudina membantu memberi keselesaan yang berpanjangan kepada bayi.

Ia mudah meresap jauh ke dalam kulit dan membangkitkan aroma yang sangat menyamankan. Amalan pemakaian yang lazim juga membantu melembapkan kulit dan me­lembutkan kulit bayi.

Set Bersalin Anugerah boleh didapati daripada pengedar, kios dan toko kecantikan yang berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2015 @ 12:30 PM