ULAR yang ditangkap. FOTO ihsan bomba
ULAR yang ditangkap. FOTO ihsan bomba
ULAR yang ditangkap. FOTO ihsan bomba
ULAR yang ditangkap. FOTO ihsan bomba
Oleh Junaidi Ladjana

Kudat: Ular tedung selar sepanjang hampir empat meter ditangkap anggota bomba dalam kejadian di rumah di Kampung Tinutudan, Kudat, 4.30 petang tadi.

Reptilia berbiasa itu ditemui oleh pemilik rumah dalam keadaan berlingkar di halaman rumah sebelum bertindak menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kudat.

Pegawai Perhubungan (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 4.41 petang itu, empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menangkap ular berkenaan.

"Dengan menggunakan peralatan khas, ular tedung itu akhirnya ditangkap.

"Ular berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2015 @ 7:43 PM