Oleh Norhayati Nordin


Selepas enam bulan bergelar tunangan orang, kini penyanyi dan pengacara Sarimah Ibrahim menghitung hari untuk melangkah ke jenjang pelamin buat kali kedua.

Bakal menamatkan zaman solo dengan lelaki pilihan hati, Sarimah, 37, akan disatukan bersama Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie, 43, pada 2 April ini.

Memilih cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Al-Marhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman sebagai teman hidupnya, Sarimah berkata, secara tidak langsung dia juga perlu membiasakan diri dengan protokol Diraja.

Bagaimanapun, Sarimah memaklumkan dia bertuah kerana dipertemukan jodoh dengan Tunku Jamie yang begitu memahami.

"Tak dinafikan dalam kesibukan membuat persiapan untuk perkahwinan tidak lama lagi, apa yang lebih mendebarkan saya apabila memikirkan soal protokol majlis nanti.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2015 @ 7:04 AM