MOHD Mokhtar (tengah) menunjukkan barang yang dirampas.
MOHD Mokhtar (tengah) menunjukkan barang yang dirampas.
Oleh Isma Ismail

Johor Bahru: Satu kumpulan samun warga asing berjaya ditumpaskan dengan penahanan 19 orang termasuk tiga wanita, di sini, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kesemua mereka itu berusia antara 25 hingga 45 tahun.

Menurutnya, kumpulan itu dipercayai terbabit dalam 48 kes samun di sekitar Wilayah Pembangunan Iskandar, Kota Tinggi dan Mersing.

Katanya, polis turut merampas 128 telefon bimbit, 15 komputer riba, tujuh iPad dan 10 kamera di rumah yang dijadikan stor penyimpanan barang samun di Ulu Tiram.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan saki baki kumpulan itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 12:00 PM