HAMIM (tengah) pada majlis kerjasama UPM dan HDC, semalam.
HAMIM (tengah) pada majlis kerjasama UPM dan HDC, semalam.

Kuala Lumpur: Universti Putra Malaysia (UPM) menjadi universiti pertama yang mewujudkan hab inovasi halal global, World halal Innohub di Malaysia hasil kerjasama Halal Industry Development Cooperation Sdn Bhd (HDC) dengan nilai pelaburan RM20 juta.

World halal Innohub pusat untuk menyediakan ruang inovasi menyokong serta lokasi perintis pembangunan syarikat pemula serta pensyarikatan kepada usahawan dengan penyediaan pelbagai sumber serta perkhidmatan berkaitan halal.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri berkata, setakat ini terdapat 16 peserta terdiri daripada penyelidik atau pakar UPM dan usahawan bagi pengkormesialan produk.

Dengan membangunkan World halal Innohub akan membantu negara membangunkan lebih banyak produk halal menerusi inovasi penyelidik.

“Cabaran ekonomi senario ekonomi global dan perubahan permintaan pengguna memerlukan usahawan melahirkan produk yang mengikut keperluan semasa yang mana pembangunan pusat inovasi akan mendorong kita memahami kehendak pasaran semasa.

“Malah, inovasi serta kajian juga salah satu rantaian penting di dalam industri halal kerana ia membabitkan perakuan standard halal,” katanya pada majlis kerjasama UPM dan HDC di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Canselor UPM,Datuk dr Mohd Azmi Mohd Lila dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin.

UPM menyasarkan 20 peserta dalam setahun yang menggunakan ruang inovasi berkenaan dan ketika ini terdapat 16 peserta perintis terdiri daripada pelbagai sektor antaranya kesihatan dan teknlogi maklumat.

Antara aktiviti yang dijalankan di pusat itu adalah mencari tumpuan syarikat besar untuk mengenal pasti syarikat pemula dengan teknologi berpasaran tinggi dalam bidang halal untuk pengambilalihan atau penggabungan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mac 2015 @ 5:13 AM