KEADAAN kenderaan yang dinaiki mangsa.
KEADAAN kenderaan yang dinaiki mangsa.
Oleh Shamsul Munir Safini


Satun (Selatan Thailand): Seramai empat warga Malaysia termasuk seorang kanak-kanak dan bayi maut manakala empat lagi parah selepas kereta jenis Perodua Alza dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tiang elektrik konkrit di Satun, Selatan Thailand kira-kira 4.30 petang waktu Malaysia semalam.

Dalam kejadian itu, kenderaan yang dinaiki lapan sekeluarga dari Kedah berkenaan dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas melawat saudara mereka di Satun di sini.

Sumber Konsul Malaysia di Songkhla berkata, mereka yang maut dikenali sebagai Ramlah Adam, 43, Nur Aneesa Abd Rahman, 21, serta dua anak kepada Ramlah berusia enam tahun dan seorang bayi perempuan berusia dua bulan.

Sumber berkata, mereka yang parah adalah Abdul Rahman Abdullah, 46, Rofandi Abdul Rahman, 23, Nazri Abdul Rahman, 4, dan bayi kepada Nur Aneesa berusia setahun.

Katanya, berdasarkan laporan awal, kenderaan mangsa dipandu dengan laju sebelum terbabas dan merempuh tiang elektrik di bahu jalan berkenaan dan kesemua mangsa yang parah menerima rawatan di Hospital Satun dan Hospital Trang, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2015 @ 3:00 PM