WEN menyerang kekasihnya di luar pusat bedah kosmetik.
WEN menyerang kekasihnya di luar pusat bedah kosmetik.

Zhengzhou (China): Kerana silap membeli hadiah hari jadi, seorang lelaki ditinggalkan teman wanitanya, tetapi sebelum itu dia dipukul dan kemaluannya ditendang.

Lelaki berkenaan, Wang Chen, 26, menempah untuk kekasihnya, Wen Ting, 24, menjalani pembedahan pembesaran payudara di sebuah klinik pembedahan kosmetik, sebagai hadiah hari jadi.

Bagaimanapun, Wen mengamuk sebaik mereka tiba di depan klinik berkenaan.

Wanita itu berasa begitu terhina kerana payudaranya tidak cukup untuk Wang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2015 @ 5:32 AM