LEMBU dua muka yang dijual dengan harga RM1,500.
LEMBU dua muka yang dijual dengan harga RM1,500.

Queensland (Australia): Seorang ejen ternakan mencetuskan kejutan apabila membawa lembu jantan dengan dua muka untuk dilelong di bandar Mareeba, semalam.

Lembu dibawa Jack ‘Jacko’ Shephard itu memang unik dengan dua wajah yang bertindih malah satu mata, sebatang gigi serta hidung yang berfungsi melengkapi muka di bahagian atas.

Lembu itu dijamin sihat dan berkeadaan baik oleh pihak penganjur.

Ejen jualan Mark Peters berkata haiwan berkenaan hanya memiliki dua muka dan berada dalam keadaan yang amat baik.

Menurut Shephard, haiwan bermuka dua itu mendapat perhatian dan pandangan pelik daripada pengunjung.

“Saya tidak pernah melihat lembu berwajah dua sepanjang 17 tahun bekerja dalam bidang ini walaupun pernah menyaksikan beberapa perkara luar biasa,” katanya.

Lembu seberat 440 kilogram itu dijual dengan harga A$537 (RM1,500). Bagaimanapun, nasib lembu itu tidak begitu baik kerana dibeli rumah sembelihan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 8:28 AM