DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob bersama wakil syarikat swasta yang diraikan. FOTO Nazarali Saeril
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob bersama wakil syarikat swasta yang diraikan. FOTO Nazarali Saeril
Oleh Nazarali Saeril


Serdang: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meraikan sukarelawan banjir selain agensi kerajaan juga syarikat swasta yang terbabit sepanjang bencana berkenaan pada majlis Penghargaan Sukarelawan Banjir kementerian itu di Taman Ekspo Pertanian Serdang di sini, tadi.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sepanjang tempoh bencana itu, kira-kira 5,000 sukarelawan daripada kementerian berkenaan terbabit membantu proses pemindahan mangsa selain membersihkan kawasan terjejas.

Menurut Ismail Sabri, kementeriannya turut mendapat kerjasama 62 syarikat swasta yang menyumbang wang tunai selain barangan keperluan harian untuk disumbang kepada mangsa banjir.

Ismail Sabri berkata, kerjasama berkenaan menunjukkan bahawa kakitangan kementerian selain syarikat swasta mampu berganding bahu pada bila-bila masa untuk membantu rakyat serta negara ketika bencana apabila diperlukan.

Menurut beliau, kementerian berterima kasih kepada semua sukarelawan, agensi kerajaan serta syarikat swasta yang menghulurkan bantuan kerana ia mengurangkan beban rakyat yang berdepan kesukaran sepanjang bencana terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 2:26 PM