KERETA yang ditinggal pemilik hangus dalam kebakaran.
KERETA yang ditinggal pemilik hangus dalam kebakaran.
Oleh Icka S Hassan

Shah Alam: “Saya sangka bunyi kuat itu berpunca batu besar yang jatuh daripada rumah yang sedang dibaik pulih. Tetapi, tergamam apabila ternampak kepulan asap hitam dan api marak membakar sebuah kereta di sebelah rumah jiran,” kata Nor Fawziah Haron, 60.

Dia menceritakan detik cemas kebakaran sebuah kereta di Seksyen 20, di sini, semalam.

Sebelum kejadian jam 8.30 pagi itu, kereta Proton Saga BLM itu diletakkan di tepi jalan oleh pemiliknya musnah dipercayai akibat masalah teknikal pada kenderaan itu.

Menurut Nor Fawziah, dia ternampak kepulan asap dari lorong bersebelahan rumah jiran dan memberanikan diri mendekatinya sebelum melihat api marak membakar kenderaan itu.

“Keadaan itu membuatkan saya tergamam dan menjerit meminta pertolongan jiran supaya menghubungi bomba kerana bimbang kebakaran akan merebak ke rumah berdekatan.

“Sebaik mendengar jeritan, beberapa jiran bertungkus-lumus memadamkan api dan menyelamatkan kereta serta harta benda masing-masing,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 7:24 AM