Oleh Hayati Ibrahim


Putrajaya: Seramai 19,353 rakyat negara ini sedang menunggu untuk mendapatkan organ.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, kebanyakannya adalah pesakit buah pinggang iaitu seramai 19,329 dan angka ini dijangka bertambah akibat komplikasi penyakit kencing manis dan darah tinggi tidak terkawal.

"Sementara jumlah pesakit menunggu organ yang senarai menunggu adalah empat pesakit hati kanak dan lima dewasa; enam pesakit jantung; tujuh pesakit paru-paru; dan dua pesakit paru-paru dan jantung.

"Pada masa sama, bilangan pengikrar penderma organ baru meningkat setiap tahun iaitu 2006 seramai 10,081; 20,377 pada 2010; 31,055 pada 2011 dan 37,093 pada 2014,"katanya pada sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2015 @ 4:13 PM