Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Tiga lelaki direman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan kes tembak membabitkan kematian lelaki di Jalan Scotland, malam tadi.

Menurut sumber, tiga lelaki terbabit berusia lingkungan 20-an hingga 50-an.

"Mereka yang direman itu adalah rakan mangsa yang terselamat ketika kejadian tembak terbabit dan juga pemilik motosikal yang nombor pendaftarannya digunakan suspek.

"Setakat ini siasatan awal mendapati rakan mangsa yang terselamat dalam kejadian itu adalah sasaran utama suspek," katanya.

Menurutnya, siasatan juga mendapati rakan mangsa sebelum ini pernah cuba ditembak tahun lalu namun dia terselamat dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 1:23 PM