REAKSI  pelajar perempuan KISAS sewaktu menerima keputusan peperiksaan STPM Tahun 2014.
REAKSI pelajar perempuan KISAS sewaktu menerima keputusan peperiksaan STPM Tahun 2014.
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Naqiukamil Abdullah

Shah Alam: Untuk tujuh tahun berturut-turut, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang berjaya meneruskan kecemerlangan apabila mengekalkan prestasi sebagai sekolah terbaik seluruh Selangor bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014.

Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, kejayaan KISAS itu diperoleh selepas berjaya mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 3.3 dan mencapai prestasi lulus penuh dalam empat mata pelajaran.

Beliau berkata, keputusan itu adalah hasil daripada usaha gigih semua warga sekolah terutamanya guru dan pelajar untuk memastikan kecemerlangan yang diperoleh pada pencapaian STPM tahun sebelumnya dapat terus dikekalkan.

“Kejayaan berterusan ini diharap dapat memberi semangat dan galakan kepada guru dan pelajar dari sekolah lain di seluruh negeri ini untuk sama berusaha mencatat kejayaan,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, antara sekolah lain yang turut mencatat kejayaan adalah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katolik, Petaling Jaya; SMJK Yoke Kuan, Sekinchan; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bedena, Sungai Besar dan SMK Sungai Besar, Sungai Besar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 7:12 AM