NAJIB bersama Palanivel melihat kolum Deepavali. FOTO Aizuddin Saad
NAJIB bersama Palanivel melihat kolum Deepavali. FOTO Aizuddin Saad
Oleh Rosyahaida Abdullah


Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia perlu mengukuhkan lagi perasaan muhibah dan harmoni sekali gus mewujudkan keserasian antara satu sama lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Majlis pada hari ini nampaknya mendapat sambutan meriah dan saya harap ramai yang dapat berjumpa rakan beragama Hindu untuk mengukuhkan lagi keharmonian ini," katanya ketika menghadiri Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini

Najib yang bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba kira-kira jam 10.30 pagi dan disambut Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel.

Sementara itu, Palanivel berkata, sambutan itu diharap bukan saja dapat meraikan Deepavali bersama rakyat malah mengukuhkan perpaduan sesama rakyat seperti mana disarankan Perdana Menteri sebelum ini.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Oktober 2014 @ 2:13 PM