ANTARA babak menarik dalam Tabir Zulaikha.
ANTARA babak menarik dalam Tabir Zulaikha.
TASHA Shilla membawa watak Zulaikha yang turut berbakat bermain biola.
TASHA Shilla membawa watak Zulaikha yang turut berbakat bermain biola.
Syanty Octavia Amry


“Kerana Cinta Aku Berjanji, Kerana Janji Aku Berkorban.”

Itulah kata-kata pujangga seorang kekasih yang menghiasi malam penonton menerusi drama terbaru di slot Samarinda TV3 berjudul Tabir Zulaikha. Drama 18 episod terbitan Creative Skill Solution itu sudah pun menemui penonton pada setiap hari Rabu dan Khamis bermula jam 10 malam.

Dilakonkan bintang berbakat seperti Aiman Hakim Redza dan Tasha Shilla, drama ini mengisahkan perjalanan hidup Ain Zulaikha anak tunggal kepada Zamrin dan Musalmah yang bekerja di rumah Datuk Aziz.

Datuk Aziz dan isterinya, Datin Wan Rozita tidak pernah memandang rendah atas status mereka malahan Zulaikha diberi peluang melanjutkan pelajaran di kolej yang sama tempat anak Datin Wan Rozita belajar begitu juga dengan anak angkatnya.

Zulaikha membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berpegang teguh kepada pendiriannya. Dia juga berbakat dalam bermain biola.

Feroz, anak Datin Wan Rozita cemburu melihat keakraban Zulaikha dan Adami anak angkat ibu bapanya.

Dia berniat mahu menyingkirkan Zulaikha kerana sejak kecil Datuk dan Datin lebih menyayangi Zulaikha berbanding dirinya.

Zulaikha semakin sayang kepada Adami dan membuat keputusan untuk meluahkan perasaan hatinya. Dia terkejut apabila ibu bapanya menyampaikan hasrat Datin untuk mengahwinkannya dengan Feroz.

Zamrin dan Musalmah merayu supaya Zulaikha menerima lamaran itu sebagai cara membalas budi mereka. Akhirnya, Zulaikha bersetuju selepas Adami berbohong bahawa dia tidak pernah mencintai Zulaikha.

Datuk Aziz sedar Zulaikha tidak rela dan tidak mencintai Feroz. Namun begitu, dia tetap menjaga Zulaikha dengan penuh kasih sayang dan turut mewasiat­kan semua harta dan syarikatnya kepada Zulaikha.

Tindakan Datuk Aziz mengundang kemarahan Feroz kerana dia berasakan Zulaikha sudah merampas haknya. Justeru, dia mengupah Ammar untuk memerangkap Zulaikha.

Apakah yang akan terjadi kepad Zulaikha? Berjayakah Zulaikha menyelamatkan syarikat Datuk Aziz daripada jatuh ke tangan Feroz? Bagaimana pula kesudahan cinta antara Zulaikha dan Adami?

Saksikan drama hebat yang turut dilakonkan oleh Aidil Aziz, Shah Jaszle dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Februari 2015 @ 10:36 AM