Album ini dihasilkan sempena Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari lalu.

Cinta memang dekat dengan manusia dan setiap manusia memerlukan cinta dalam kehidupan mereka.

Apabila dilamun cinta, segala-galanya indah. Lagu romantik selalunya menjadi perantara di antara pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.

Justeru, album ini pastinya sesuai buat mereka dengan alunan 32 lagu cinta popular. Apa yang menarik, semua lagu lama dan baru ini adalah lagu akustik dengan muzik yang lebih perlahan, sekali gus sesuai dengan ‘mood’ cinta.

Antaranya ialah I’m Yours (Jason Mraz), When I Was Your Man (Bruno Mars), The A Team (Ed Sheeran), True Love (Coldplay), A Thousand Years (Christina Perri), The Day You Went Away (M2M), So Young (The Corrs ) dan banyak lagi.

INFO

ARTIS: Pelbagai

ALBUM: Acoustic Valentine

TERBITAN/EDARAN: Warner Music

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Februari 2015 @ 10:16 AM