NELAYAN membawa mayat mangsa ke jeti. FOTO ihsan pembaca.
NELAYAN membawa mayat mangsa ke jeti. FOTO ihsan pembaca.
Oleh Yusmawati Mhd Yusof


Jasin: Mayat nelayan yang terjun dari kelong semalam untuk menyelamatkan botnya yang hanyut dari Jeti Nelayan Pantai Siring, Serkam di sini ditemui hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Masri Ibrahim berkata, mayat Ibrahim Mat, 51, ditemui jam 9.23 pagi tersangkut pada jaring kira-kira 500 meter dari kelong tersebut.

"Mayat mangsa ditemui nelayan yang turut serta membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dimulakan jam 8 pagi tadi.

"Mayatnya dibawa ke jeti sebelum dihantar ke Hospital Melaka dan justeru itu operasi SAR ditamatkan jam 9.30 pagi," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan mangsa terjun dari kelong kira-kira jam 8.30 malam tadi untuk menyelamatkan botnya yang hanyut kira-kira satu kilometer dari jeti.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Oktober 2014 @ 11:55 AM