EZAD (tengah) bersama isterinya, Nur Azeana Ramli, 37, (kiri) di Mahkamah Majistret Selayang. FOTO Salhani Ibrahim
EZAD (tengah) bersama isterinya, Nur Azeana Ramli, 37, (kiri) di Mahkamah Majistret Selayang. FOTO Salhani Ibrahim
Oleh Nor Azura Abdul Jalil


SELAYANG: Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan masing-masing memiliki dan mengambil dadah jenis syabu , November tahun lalu.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri turut memerintahkan Ezad atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 36, menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Ezad juga berdepan hukuman penjara sembilan bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Ezad didakwa atas tuduhan memiliki satu peket lut sinar berisi syabu seberat 0.62 gram di kawasan Kompleks Beli-Belah Selayang Mall, Selayang Utama, dekat sini pada 1.30 petang, 19 November 2014.

Manakala bagi pertuduhan kedua, pada tarikh yang sama Ezad didakwa memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badannya di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Gombak, 2.30 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Februari 2015 @ 1:55 PM