Apabila peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kian hampir, pelajar semakin sibuk mendapatkan buku bagi membuat ulang kaji sebelum menghadapi peperiksaan yang paling penting di peringkat menengah.

Pada tahun ini, pelajar boleh mendapatkan sebuah buku ulang kaji SPM secara percuma melalui laman web www.afterschool.my.

Buku Afterschool.my Soalan Ulangkaji SPM 2014, mengandungi 11 subjek utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Biologi, Kimia, Fizik, Sains, Prinsip Akaun dan Perdagangan.

Kertas soalan itu disediakan panel guru yang berpengalaman.

"Kami mencuba sedaya upaya untuk memastikan buku ini berkualiti bagi kegunaan pelajar.

"Kami yakin buku ini akan dapat membantu pelajar mempersiapkan diri untuk peperiksaan SPM," kata Pengurus Pemasaran buku Afterschool.my Soalan Ulangkaji SPM 2014 dari syarikat Times Online Media Sdn Bhd, Mohd Tarmizi Musa.

Pada tahun ini, seramai 20,000 pelajar tingkatan 5 dari Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Johor, Melaka dan Seremban mendapatkan buku ini secara percuma.

Projek ini sebuah projek komuniti tahunan Times Online Media Sdn Bhd.

"Kami tidak dapat menyediakan lebih banyak buku disebabkan kos per­cetakan yang tinggi. Oleh itu, kami menyediakan buku ini dalam bentuk e-book bagi membolehkan pelajar memuat turun buku itu serta jawapan dari laman web secara percuma.

"Harapan kami agar semua pelajar SPM di luar sana mendapat faedah dari­pada buku Afterschool.my Soalan Ulangkaji SPM 2014 ini," katanya.

Sila muat turun e-book Afterschool.my Soalan Ulangkaji SPM 2014 melalui laman web www.afterschool.my .

Hubungi talian 03-6142 8252 atau [email protected] atau layari laman web, www.afterschool.my untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Oktober 2014 @ 5:00 AM