RUMAH didiami mangsa yang musnah terbakar. FOTO ihsan Bomba
RUMAH didiami mangsa yang musnah terbakar. FOTO ihsan Bomba
Oleh Mohd Ruzaini Zulkepli


Penampang: Seorang lelaki ditemui rentung selepas rumah didiaminya musnah dalam kebakaran di Kampung Nambazan, dekat sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Johnysius Jeffrin Mojinun,55, dipercayai terperangkap dalam bilik tidur dan gagal menyelamatkan diri dalam insiden itu.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin ketika dihubungi, mengesahkan kejadian terbabit.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.26 pagi sebelum dua jentera dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dikerah ke lokasi kebakaran.

"Seorang lelaki ditemui rentung akibat terperangkap di bilik rumah itu sebaik api berjaya dipadamkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 12:32 PM