Semakin ramai yang begitu mementingkan penampilan diri tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita, semuanya mahu nampak menarik.

Malah, antara masalah kulit yang amat diberi perhatian dengan teliti ialah garis halus, kedutan dan tanda penuaan lain.

Ramai berusaha mencari penyelesai­an untuk melambatkan proses penuaan kulit. Biarpun banyak

faktor yang menyumbang kepada masalah penuaan, ia masih boleh diperbaiki serta dielakkan.

Bagaimanapun, satu faktor yang tidak dapat dielakkan adalah pe­ningkatan semula jadi usia yang menjadi faktor utama penyebab proses penuaan kulit.

Seiring dengan peredaran waktu dan usia, garis halus dan kedutan mudah muncul dan dapat dilihat dengan ketara pada kulit wajah. Keserian dan keremajaan wajah semakin pudar.

Selain itu, selari dengan penuaan kulit, masalah seperti jeragat, kulit ke­ring, warna kulit tidak sekata dan lingkaran mata gelap turut muncul.

Menyedari betapa pen­tingnya keperluan dan kehendak pengguna untuk mengekalkan kulit segar dan cantik, Simplysiti melancarkan rangkaian penjagaan kulit antipe­nuaan baru, New Age+.

Rangkaian penjagaan kulit global inovatif ini memperbaiki tanda penuaan kulit secara ketara, seterusnya membuatkan wajah tampak lebih menarik dan lebih muda.

Dengan kombinasi empat bahan berkuasa iaitu Vita Soure, Matrixyl Synthe 6, Argireline dan juga Syn-Hycan, New Age+ memberikan

enam faedah yang ­membantu menyelesaikan masalah antipenua­an melalui formula eks­klusif Cellular Activator Complex yang bertanggungjawab meremajakan, memperbaiki, menyegarkan, memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit.

Rangkaian itu terdiri daripada pembersih, penyegar, serum, pelembap dan krim BB New Age+ Revitalizing.

Ia turut ditawarkan dalam bentuk New Age+ Revival Kit pada harga RM39.90. Rangkaian penjagaan kulit New Age+ boleh didapati di Watsons terpilih, Guardian, Sogo, Aeon dan Aeon Big di seluruh negara bermula April 2014.

Untuk pembelian ­secara dalam talian, layari www.simplysiti.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 8:24 AM