Nairobi: Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurang-kurangnya 38,000 kanak-kanak Somalia berisiko tinggi mati akibat kebuluran.

Berdasarkan data terkini yang dikumpul oleh anggota PBB, peningkatan kebuluran berlaku berikutan musim kemarau teruk sejak tiga tahun lalu, selain perang berpanjangan yang mengakibatkan jutaan penduduk terkorban.

Menurut laporan yang dikeluarkan agensi itu, secara keseluruhan lebih 731,000 orang, termasuk 203,000 kanak-kanak, menghadapi masalah kekurangan zat makanan walaupun berlaku penurunan kecil dalam jumlah mereka sejak enam bulan yang lalu.

Dianggarkan 202,600 kanak-kanak bawah usia lima tahun adalah antara 38,200 orang yang berdepan masalah kebuluran.

Sementara itu, lebih 250,000 orang dengan separuh daripadanya kanak-kanak, mati kerana kebuluran yang dahsyat pada 2011. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 5:03 AM