ANTARA kenderaan curi yang ditemui semula.
ANTARA kenderaan curi yang ditemui semula.
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Walaupun ketuanya, Nyo Ah Hai, 50 atau Robin Hai ditahan pihak berkuasa Singapura, Jun tahun lalu, namun konconya masih tidak serik dan meneruskan 'perniagaan' haram mencuri kenderaan untuk dieksport ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Terbaru, Polis Bukit Aman menyelesaikan 12 kes kecurian apabila semua kenderaan pacuan empat roda itu ditemui di gudang di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat, di Pelabuhan Klang.

Serbuan itu dilakukan pada 8, 10 Disember dan 21 Januari lalu selepas polis menahan tiga lelaki berusia 38 hingga 44 tahun yang bertindak sebagai 'jokie' kepada sindiket itu di gudang di Bandar Sultan Suleiman, 8 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, sembilan kenderaan iaitu Toyota Hilux dan tiga Toyota Fortuner yang ditemui bersedia untuk dihantar ke Dubai melalui jalan laut.

Menurutnya, ketika serbuan dijalankan, ada antara kenderaan pacuan empat roda sudah dimasukkan ke dalam kontena dan semuanya dilaporkan hilang di Lembah Klang pada Disember dan pertengahan Januari lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 January 2015 @ 5:12 AM