SIRIH boleh bertindak sebagai antifungus dan antiseptik.
SIRIH boleh bertindak sebagai antifungus dan antiseptik.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Sirih sejenis tanaman asli yang tumbuh secara menjalar atau bersandar pada batang pohon lain serta memiliki banyak manfaat untuk kesihatan, antaranya mengatasi masalah kewanitaan.

Manfaat daun sirih dalam mengatasi pelbagai masalah kewanitaan sudah terbukti sejak dulu lagi. Rata-rata individu menggunakan daun sirih dalam kehidupan seharian mereka terutama bagi menjaga aspek kesihatan dan kecantikan semula jadi.

Daun sirih memiliki kandungan nutrisi yang amat baik untuk tubuh, malah nutrisi itu menjadi faktor pendorong kepada tubuh badan untuk bekerja lebih baik.

Ada dua jenis daun sirih iaitu sirih hijau dan merah, namun lebih ramai yang mengenali daun sirih hijau. Daun sirih mengandungi eugonol yang bersifat antifungus, juga mengandungi antiseptik yang boleh menghalang pembiakan bakteria pada kulit

Berikut antara manfaat sirih:

- Menghilangkan sakit tekak, bengkak di bahagian tekak dan batuk berkahak.

- Sebagai pencuci bahagian faraj bagi menangani masalah keputihan, menghilangkan bau, gatal-gatal atau jangkitan bakteria.

- Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk wanita berpantang.

- Menghalang dan menghentikan hidung berdarah.

- Daun sirih mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal kulit seperti kurap dan kayap.

- Membantu menghilangkan bisa dan bengkak kesan gigitan serangga dan tebuan.

- Menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.

- Mengurangkan demam panas serta kembung kanak-kanak.

- Menghilangkan sakit kepala, gatal dan kelemumur.

- Bantu menghilangkan parut jerawat dan jeragat selain melembapkan kulit, melebatkan bulu kening dan dijadikan masker.

- Sebagai bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.

- Merawat penyakit sendi dan bisa tulang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 January 2015 @ 5:01 AM