CERMIN dikatakan mampu meningkatkan kadar cahaya dalam sesuatu ruang.
CERMIN dikatakan mampu meningkatkan kadar cahaya dalam sesuatu ruang.

Apakah fungsi cermin dalam menata rias kediaman?

Suzila Kasiron,

Klang, Selangor

Cermin sudah lama menjadi salah satu elemen dekorasi yang sering digunakan dalam menata rias ruang.

Ada pelbagai fungsi cermin yang boleh dibentangka, namun saya lebih berminat menghuraikan salah satu daripadanya,

iaitu teknik meluaskan ruang.

Ia sesuai bagi bilik yang kecil, malah kehadiran cermin menjimatkan untuk mendapatkan ruang lebih luas secara

ilusi maya.

Menerusi keupayaan refleksinya, cermin meningkatkan kadar cahaya dalam sesuatu ruang.

Lagi terang, lagi luas pemandangan dan begitu juga sebaliknya.

Cermin juga mampu menggandakan saiz dan kedalaman secara visual melalui imej yang terpancar berulang.

Bagi menyerlah suasana bilik anda lebih besar, gantungkan cermin pada dinding bertentangan dengan pintu masuk.

Bagi laluan seperti lorong dan tangga, anda boleh tempatkan cermin di kedua-dua bahagian dindingnya secara bertentangan bagi menambas ilusi keluasan ruang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 5:01 AM