Oleh Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Kementerian Pendidikan akan memperluaskan penempatan pembantu guru mengikut enrolmen murid di Sabah bermula tahun ini.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai permulaan program tersebut akan dilakukan di empat daerah iaitu Kudat, Keningau, Sandakan dan Kota Kinabalu.

"Melalui program ini, seorang pembantu guru ditempatkan di sekolah yang mempunyai enrolmen murid seramai 500 orang, 551 hingga 1,350 murid (dua orang) dan lebih 1,350 murid (tiga orang).

" Program ini diperkenalkan sejak 2013 yang mana menyaksikan Melaka dan Kedah menjadi perintis," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 11:02 PM