ZAIDAH (kanan) membantu menguruskan ibu bapanya.
ZAIDAH (kanan) membantu menguruskan ibu bapanya.
Oleh Nur Syafika Amira Azman dan Nurul Farhana Abd Rahman

Kota Bharu: "Sehingga kini saya masih membujang kerana mahu menjaga orang tua yang sakit dan uzur. Hanya mereka yang saya ada dan akan tetap tabah menjaga kedua-duanya hingga akhir hayat," kata Zaidah Jaafar, 35.

Zaidah dari Kampung Penambang Bunga Mas, Jalan PCB di sini, berkata, dia sanggup berkorban dan melupakan hasratnya mendirikan rumah tangga semata-mata mengenangkan keadaan ibu bapanya.

Menurutnya, ibunya Che Mah Awang, 60, menghidap asma dan mempunyai masalah penglihatan sejak berusia 17 tahun manakala bapanya Jaafar Ibrahim, 72, semakin uzur.

"Mereka tidak dapat mengurus diri dengan baik. Ibu semakin sukar melihat sejak melahirkan adik bongsu yang kini berusia 20 tahun manakala ayah pula yang sebelum ini menyara kami lima beradik dengan mengambil upah mengurut, tidak lagi mampu melakukan pekerjaan itu selepas menghidap asma dua tahun lalu.

"Kini tanggungjawab saya pula menjaga mereka dan saya sendiri tidak boleh membayangkan jika saya atau mana-mana tiga adik saya berkahwin dan berpindah dari rumah ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:06 AM