TUMBUHAN herba membantu untuk kecantikan dan
TUMBUHAN herba membantu untuk kecantikan dan

Memiliki kulit yang cantik dan berseri impian semua wanita. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan mereka kerana banyak produk kosmetik di pasaran mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya.

Selain itu, pastikan status halal produk dan bahan yang digunakan dihasil daripada sumber bukan haiwan serta pembuatannya mengikut syariat Islam.

Jalan terbaik ialah mencari alternatif kepada produk kecantikan sedia ada terutama menggunakan produk kecantikan berasaskan herba tradisional.

Lengkuas

Herba itu mengurangkan kerosakan sel badan yang disebabkan radikal bebas di dalam badan. Dengan itu, kulit akan kekal sihat dengan penggunaan yang berterusan. Ia mampu mengekalkan keremajaan kulit.

Limau purut

Limau purut mengandungi asid sitrik semula jadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Ia merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah, mencuci kulit kepala yang gatal dan berkelemumur. Air rebusan daun limau purut memberikan kesegaran badan dan mengurangkan keletihan.

Serai

Serai sering digunakan dalam masakan dan pembuatan minyak wangi. Ia mengandungi elemen detoksifikasi yang membantu mengeluarkan toksin di dalam badan, seterusnya menurunkan berat badan. Selain itu, ia juga dapat membantu melancarkan pembuangan air kecil.

Minyak kayu putih

Minyak kayu putih membantu memulihkan infeksi pada kulit. Aroma yang menyegarkan dapat mengurangkan sakit sendi, menenangkan fikiran serta tubuh dan menjadikan tubuh berasa lebih ringan. Ia kaya dengan sumber vitamin E.

Halia

Halia digunakan untuk menghilangkan angin di dalam perut, pening kepala dan cirit birit. Bahan aktif di dalam halia iaitu gingeroles bertanggungjawab untuk memberi kesan perubatan apabila ia meresap ke dalam badan.

Daun bidara

Bidara adalah herba tradisional yang digunakan sejak zaman berzaman. Ramai yang menggunakannya untuk mendapatkan khasiat daun bidara yang baik untuk kebersihan diri dan pengubatan. Ia bertindak sebagai agen pembersih semulajadi untuk membersihkan rambut dan kulit.

Avokado

Khasiat ekstrak avokado untuk kecantikan badan. Kajian di Wesley Medical Centre, Brisbane mendapati avokado mengandungi kandungan gula yang rendah dan kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K. Ia mengurangkan mengurangkan berat badan dan mencantikkan kulit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Oktober 2014 @ 5:04 AM