Kuala Lumpur: Kumpulan Informa Exhibitions, penganjur acara Cityscape akan menganjurkan Forum Kewangan Hartanah Islam dan Persidangan Hartanah Malaysia (MRES) sebagai platform untuk membincangkan isu strategik berkaitan perubahan dan peluang pertumbuhan dalam sektor hartanah Malaysia.

Kedua-dua acara itu bakal diadakan sempena penganjuran Cityscape dari 4 hingga 6 Februari 2015 dengan MRES bakal dianjurkan pada 4 hingga 5 Februari 2015 manakala Forum Kewangan Hartanah Islam berlangsung pada 6 Februari tahun depan.

Pengarah Kumpulannya, Deep Marwaha berkata, Cityscape akan menghimpunkan barisan pemimpin dan ahli fikir untuk berkongsi kefahaman global mengenai pembangunan hartanah dan risikan perniagaan dalam menjana pertumbuhan dan menangani perubahan pasaran hartanah.

“Selain MRES, Cityscape akan melancarkan Forum Kewangan Hartanah Islam pertama di mana ia akan merintis jalan bagi peserta untuk memahami secara mendalam mengenai sukuk dan kemudahan pembiayaan Islam lain untuk pembangunan hartanah,” katanya.

Laporan Tinjauan Penarafan Kredit, Kewangan Islam & Sistem Perbankan Malaysia yang dihasilkan oleh Moody pada September lalu menganggarkan nilai aset global industri kewangan Islam mencecah AS$1.5 trilion dan mencatat kadar pertumbuhan tahunan melebihi 10 peratus.

Cityscape adalah acara hartanah terbesar dunia julung kali dianjurkan di Malaysia yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 January 2015 @ 5:32 AM