MOHD Hafiz Hazim Mohd Haris, 10 (kiri), Azris Arif, 11 (tengah) dan Wan Hanirra Wan Hazim, 11 (kanan) membaca buku cerita dengan memakai kostum watak digemari pada  program 'Books Come Alive' di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3, Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
MOHD Hafiz Hazim Mohd Haris, 10 (kiri), Azris Arif, 11 (tengah) dan Wan Hanirra Wan Hazim, 11 (kanan) membaca buku cerita dengan memakai kostum watak digemari pada program 'Books Come Alive' di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3, Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Hazira Ahmad Zaidi


MURID Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3, Kota Bharu, hari ini, ke sekolah dengan memakai kostum mengikut watak dalam buku cerita pilihan mereka.

Ia bersempena program Menghidupkan Buku yang diadakan bagi menyemai budaya membaca dalam kalangan murid.

Guru Besar sekolah itu, Seri Dewi Mohd Ibrahim berkata, semua 1,350 murid terbabit merangkumi kanak-kanak prasekolah hingga tahun enam.

 FOTO Nik Abdullah Nik Omar
FOTO Nik Abdullah Nik Omar

"Sembilan puluh empat guru turut mengenakan kostum pilihan sebagai tarikan untuk murid. Kostum adalah mengikut watak dalam buku cerita yang dibaca mereka.

"Pada majlis perhimpunan setengah jam, guru dan murid juga melakonkan watak antaranya Harry Porter, Frozen, Captain Amerika, Puteri Gunung Ledang, Cinderella, Darth Vader, Naruto, Pontianak, Raja Midas, dan Puteri Hang Li Po.

"Bukan hanya membaca, sebaliknya mereka perlu menghayati watak dalam buku cerita berkenaan supaya murid yang lain turut memahaminya," katanya.

Sebagai penghargaan, beliau berkata, 33 murid dipilih sebagai penterjemah watak terbaik dan diberi hadiah.

Pada Julai tahun lalu, SK Kubang Kerian 3 pernah diiktiraf dalam Malaysia Book of Records apabila menerima penyertaan tertinggi bagi jumlah buku dibaca selama sejam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2017 @ 12:17 PM