KUMPULAN penarik beca dan berbasikal dengan berpakaian tradisional turut sama memeriahkan Larian Bendera Ulang Tahun UMNO ke-71 di Padang Bandaran Kerian, Parit Buntar, Perak, 6 Mei. FOTO Amir Irsyad Omar

Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

UMNO melalui pelbagai liku sepanjang 71 tahun penubuhan dan dicemburui ramai pihak yang mahu memastikannya tersungkur.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata UMNO adalah parti keramat yang banyak menyumbang pembangunan agama, bangsa dan negara.

BERPAKAIAN tradisional memeriahkan Larian Bendera Ulang Tahun UMNO ke-71 di Padang Bandaran Kerian, Parit Buntar, Perak, 6 Mei. FOTO Amir Irsyad Omar
BERPAKAIAN tradisional memeriahkan Larian Bendera Ulang Tahun UMNO ke-71 di Padang Bandaran Kerian, Parit Buntar, Perak, 6 Mei. FOTO Amir Irsyad Omar

Katanya, biarpun ujian datang silih berganti, semua ahli diminta terus fokus berbakti.

"Jangan kita kerap memandang ke belakang takut-takut kemalangan. Hanya sesekali kita memandang ke belakang untuk memastikan berada di landasan benar," katanya berucap pada Majlis Larian Bendera UMNO peringkat negeri sempena Sambutan UMNO ke-71 di Lubok China, di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu menerima bendera berkenaan daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Idris Haron. Hadir sama Setiausaha kerja parti, Datuk Seri Ab Rauf Jusoh.

BERPAKAIAN tradisional memeriahkan Larian Bendera Ulang Tahun UMNO ke-71 di Padang Bandaran Kerian, Parit Buntar, Perak, 6 Mei. FOTO Amir Irsyad Omar
BERPAKAIAN tradisional memeriahkan Larian Bendera Ulang Tahun UMNO ke-71 di Padang Bandaran Kerian, Parit Buntar, Perak, 6 Mei. FOTO Amir Irsyad Omar

Mohamad berkata, 7,400 peserta akan terbabit larian itu di seluruh negeri bermula hari ini hingga lusa sebelum bendera diserahkan kepada Selangor.

Sementara itu Idris berkata, pihaknya bersama-sama Negeri Sembilan dan Johor akan terus bekerjasama bagi memastikan UMNO terus relevan kepada rakyat.

"Kita akan terus berjuang untuk mengekalkan Barisan Nasional (BN) di negeri selatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mei 2017 @ 6:32 PM