LOKASI penemuan mayat lelaki berdekatan bengkel kenderaan. FOTO ihsan Polis
LOKASI penemuan mayat lelaki berdekatan bengkel kenderaan. FOTO ihsan Polis
Hazsyah Abdul Rahman


Tawau : Mayat lelaki ditemui orang awam di kawasan semak bersebelahan bengkel kenderaan di Batu 4, Jalan Apas, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 4.15 petang itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya, disyaki sudah meninggal dunia seminggu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan memegang kabel elektrik.

“Keadaan mayat sudah berulat dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih kurang seminggu.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada badan mangsa.

“Mayat kemudiannya di hantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis masih melakukan siasatan lanjut.

"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2017 @ 10:19 PM