FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Nabihah Kamal


Serdang: Pemain import skuad Liga Super ditahan di Bandar Puteri Puchong, hari ini, selepas disyaki memiliki BMW klon.

Sumber-sumber berkata, lelaki berusia 32 tahun tahun berasal dari Liberia itu ditahan, pada kira-kira 5 pagi.

"BMW 325i yang dipandu didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu. Semakan nombor casis didapati tiada rekod dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2017 @ 2:11 PM