PESERTA meneruskan larian walaupun keadaan hujan dari Sungai Rambai ke Sri Bendahara ketika Larian Jelajah UMNO sempena sambutan ulang tahun UMNO ke 71. FOTO Syarafiq Abd Samad
PESERTA meneruskan larian walaupun keadaan hujan dari Sungai Rambai ke Sri Bendahara ketika Larian Jelajah UMNO sempena sambutan ulang tahun UMNO ke 71. FOTO Syarafiq Abd Samad
Zulfa Mohammad


LEBIH 500 ahli UMNO Bahagian Tasek Gelugor menyambut larian bendera sempena ulang tahun UMNO ke-71 di Kampung Paya, dekat sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya menerima bendera diserahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam Shariful Azhar Othman dan Naib Ketua UMNO Kepala Batas Abdul Razak Ahmad.

BERMOTOSIKAL dari Tasek Gelugor ke Permatang Pauh sempana Larian Jelajah UMNO sempena sambutan ulang tahun UMNO ke 71. FOTO Eizairi Shamsudin
BERMOTOSIKAL dari Tasek Gelugor ke Permatang Pauh sempana Larian Jelajah UMNO sempena sambutan ulang tahun UMNO ke 71. FOTO Eizairi Shamsudin

Larian bendera diteruskan ke Permatang Buloh, Permatang Sungai Dua dan Pengkalan Machang, Sungai Dua.

Larian diiringi 200 motosikal dan 80 kereta untuk menyerahkan bendera kepada UMNO Permatang Pauh.

PESERTA larian Bendera UMNO dari Setiu ke Hulu Terengganu sempena program larian bendera UMNO zon pantai timur sambutan ulang tahun UMNO ke 71 di Kampung Teris, Hulu Terengganu. FOTO Rozainah Zakaria
PESERTA larian Bendera UMNO dari Setiu ke Hulu Terengganu sempena program larian bendera UMNO zon pantai timur sambutan ulang tahun UMNO ke 71 di Kampung Teris, Hulu Terengganu. FOTO Rozainah Zakaria

Turut sama, ADUN Sungai Dua Muhamad Yusof Mohd Noor dan ADUN Permatang Berangan Omar Abdul Hamid.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2017 @ 11:47 AM