JURUPANDU membawa pendaki melalui Air Terjun Jelawang menuju ke Kem Baha dan seterusnya ke puncak gunung di Taman Negeri Gunung Stong.
JURUPANDU membawa pendaki melalui Air Terjun Jelawang menuju ke Kem Baha dan seterusnya ke puncak gunung di Taman Negeri Gunung Stong.
Muhamaad Razis Ismail


Kuala Krai: “Selagi air terjun ini tidak kering, saya akan terus berada di sini,” kata Mohd Rizal Yusof, 39, seorang daripada jurupandu di Taman Negeri Gunung Stong (TNGS).

Mohd Rizal atau lebih dikenali sebagai Abe Ja berkata, minatnya yang mendalam terhadap aktiviti rekreasi lasak sejak kecil membuatkannya memilih jurupandu sebagai kerjaya tetapnya sejak 11 tahun lalu.

“Sejak 1994 saya berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki hingga ke kem ini dan daripada situ timbul minat untuk menjadi ‘guide’.

“Saya memohon dan alhamdulillah, hasrat saya tercapai apabila terpilih untuk menjadi sebahagian keluarga di Kem Baha yang sudah sedekad pun,” katanya di sini.

Menurutnya, tugas sebagai jurupandu bukan kerjaya mudah kerana tanggungjawab membawa pendaki naik dan turun dengan selamat terletak di bahu mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 April 2017 @ 7:12 AM