Konsert REUNIC di Dewan Tuanku Canselor Universiti Islam Sains Malaysia (USIM). FOTO Hazreen Mohamad
Konsert REUNIC di Dewan Tuanku Canselor Universiti Islam Sains Malaysia (USIM). FOTO Hazreen Mohamad
Sudirman Mohd Tahir


Nilai: Konsert REUNIC Kembalikan Nostalgia yang dianjurkan Kumpulan UNIC mencatat sejarah tersendiri apabila dihadiri lebih 2,000 penonton yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) malam tadi.

Konsert yang bermula jam 9 malam itu menggambungkan kembali anggota asal UNIC iaitu Hafiz Hamidun, Fitri Haris, Bazli Hazwan, Fadzli Aziz, Najdi dan Fakhrul Radhi.

Lebih membanggakan apabila 2,000 tiket menyaksikan konsert ini habis terjual tiga hari sebelum konsert.

Pada konsert itu, mereka menyanyikan 15 lagu popular dari tahun 2002 termasuk empat lagu yang disampaikan secara medley.

Antara lagu yang disampaikan terdiri daripada Jalinan, Ainul Mardiah, Balqis, Demi Cinta Suci, Ke Makam Bonda, See You Di IPT dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan REUNIC turut menyampaikan lagu popular daripada kumpulan Hijjaz berjudul Summyyah.

Istimewanya juga, konsert REUNIC ini bertujuan untuk mengutip dana bagi mengisi tabung pesakit kanser kanak-kanak di Hospital Kuala Lumpur. Secara kebetulan anak kepada Bazli menghidap penyakit itu.

Antara rakan artis yang hadir pada konsert itu seperti Oki Setiana Dewi, Munif Hijjaz, Isman Hijjaz, Kumpulan Saujana, Devotees dan banyak lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2017 @ 10:45 PM