Gambar adalah ihsan pembaca
Gambar adalah ihsan pembaca
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Tiga belas orang termasuk enam kanak-kanak cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Merchang, Marang, kira-kira 6 petang, hari ini.

Kemalangan membabitkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai dan Toyota Wish.

Difahamkan, terdapat tujuh mangsa termasuk tiga kanak-kanak menaiki Hyundai manakala selebihnya menaiki Toyota Wish.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penolong Penguasa Bomba Mohammad Azrul Izzham Zulkifli, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.20 petang.

Katanya, sebuah jentera bersama lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marang dan van Pasukan Penyelamat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik sampai di tempat kejadian, semua mangsa sudah dikeluarkan orang awam dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2017 @ 10:54 PM