LALUAN mencabar dihadapi pendaki untuk sampai ke puncak Gunung Stong.
LALUAN mencabar dihadapi pendaki untuk sampai ke puncak Gunung Stong.
PINTU masuk ke Kem Baha.
PINTU masuk ke Kem Baha.
Muhamaad Razis Ismail


Kuala Krai: Ketika diminta menulis laporan mengenai Taman Negeri Gunung Stong (TNGS) di Hutan Simpan Dabong di sini, terimbau kenangan kali terakhir saya mendaki kawasan itu bersama rakan pada 2008.

Dalam TNGS, letaknya Gunung Stong berketinggian 1,422 meter dari aras laut serta menyimpan khazanah hutan berharga termasuk Air Terjun Jelawang yang dikatakan tertinggi di Asia Tenggara selain Kem Baha yang menjadi lokasi kegemaran pendaki menunggu matahari terbit.

Sembilan tahun lalu, saya mendaki gunung itu seperti pendaki lain yang mahu rasa dekat dengan alam, mencapai kepuasan menakluk gunung dan menghayati keindahan ciptaan Tuhan.

Bagaimanapun, kali ini, misi pendakian jauh berbeza kerana bukan saja mengulangi pengalaman terdahulu, sebaliknya mengenali TNGS dengan lebih dekat .

Bersama jurugambar Syamsi Suhaimi, kami memulakan perjalanan menggunakan kereta dari Kota Bharu ke Resort TNGS yang mengambil masa dua jam untuk bertemu jurupandu, Mohd Rizal Yusof, 38, atau lebih dikenali sebagai Abe Ja.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2017 @ 7:48 AM