NEYMAR menangisi kekalahan di tangan Juventus.
NEYMAR menangisi kekalahan di tangan Juventus.
AFP

Barcelona: Neymar meninggalkan padang dalam tangisan ketika Juventus mengikat Barcelona 0-0 di Nou Camp awal pagi semalam sekali gus layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara 3-0 secara agregat.

Barca berjaya mengatasi defisit 0-4 pada aksi pertama menentang Paris Saint-Germain pada pusingan 16 dengan kebangkitan dramatik 6-1 di laman sendiri.

Namun Juventus membuktikan kenapa mereka memiliki rekod pertahanan terbaik dalam pertandingan itu apabila Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar dikekang membolehkan kelab Itali itu membalas dendam kekalahan mereka pada final Liga Juara-Juara 2015.

“Untuk tidak melepaskan gol dalam dua perlawanan menentang Barcelona membuktikan mengenai tahap taktikal pasukan ini,” ujar bos Juventus, Massimiliano Allegri.

“Mereka mempunyai lebih banyak peluang di Turin berbanding malam ini. Pasukan kami bertahan dengan amat mantap malam ini.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 5:46 AM