SABBARUDIN menyiram air ke pusara isterinya. FOTO Rosela Ismail
SABBARUDIN menyiram air ke pusara isterinya. FOTO Rosela Ismail
Nor 'Asyikin Mat Hayin


Petaling Jaya: Jenazah isteri kepada Pengerusi Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) Tan Sri Sabbaruddin Chik, Puan Sri Faridah Mohamed selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini, 12 tengah hari tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar KPJ Damansara pada 12.40 tengah malam tadi di sisi keluarga.

Allahyarham menghidap penyakit benjolan saluran darah dan angin ahmar menerima rawatan selama 30 hari di hospital berkenaan sebelum meninggal dunia.

Turut hadir Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 April 2017 @ 1:18 PM