PENGUNJUNG membeli rock melon.
PENGUNJUNG membeli rock melon.
KAWASAN penanaman rock melon seluas 0.4 hektar di Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri Olak Lempit, Sepang.
KAWASAN penanaman rock melon seluas 0.4 hektar di Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri Olak Lempit, Sepang.
Nursyahirah Marzuki


Suasana sunyi dan jauh daripada kesibukan bandar yang pesat membangun membuatkan persekitaran Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri Olak Lempit, dekat sini, kelihatan tenang dan damai.

Di belakang bangunan madrasah, kelihatan beberapa kumpulan anak muda berusia 11 hingga 17 tahun membanting tulang dan bermandi keringat di ladang rock melon milik madrasah berkenaan.

Sementara di satu sudut lain, beberapa lagi pelajar sibuk mengasingkan buah yang sudah dipetik untuk dijual kepada orang ramai yang datang ke madrasah itu.

Masing-masing berpakaian seperti tukang kebun, namun siapa tahu di dada anak muda ini penuh ilmu al-Quran, malah kopiah putih tidak lekang dari kepala mereka.

Situasi ini jarang dilihat terutama dalam kalangan remaja masa kini yang lebih gemar menghabiskan masa dengan pelbagai gajet dan tidak gemar melakukan aktiviti di luar rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 April 2017 @ 6:27 AM