FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Khairul Anuar Baharum atau lebih dikenali sebagai Ah Chong ditahan tujuh hari, bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengatur perlawanan Liga Perdana 2017.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majisret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman terhadapnya sehingga 21 April ini.

Dia ditahan reman mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, Khairul Anuar, 43, dibawa ke Mahkamah Majistret oleh pegawai SPRM jam 9.23 pagi dan suspek memakai baju lokap warna jingga manakala, kedua-kedua tangan bergari.

Dia menyerah diri kepada suruhanjaya itu di Ibu Pejabat SPRM, pada 10.45 pagi semalam.

Pada 11 April lalu, SPRM mengeluarkan kenyataan media bagi mengesan Khairul Anuar untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Suspek disyaki mengatur perlawanan membabitkan pasukan Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 April 2017 @ 12:22 PM