MINI Cooper Countryman generasi kedua baru yang dilancarkan. FOTO Hafiz Sohaimi
MINI Cooper Countryman generasi kedua baru yang dilancarkan. FOTO Hafiz Sohaimi
Wan Nur Ameera Meor Rozman


Kuala Lumpur: MINI Malaysia hari ini melancarkan generasi kedua kenderaan aktiviti sukan (SAV) premium daripada jenama automotif kompak premium di pasaran Malaysia.

Ia hadir dalam dua varian berbeza merangkumi MINI Cooper Countryman dan MINI Cooper S Countryman.

SAV premium daripada MINI berkenaan adalah model paling besar serta versatil dalam sejarah 57 tahun MINI.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, ia dibina untuk menunjukkan kemajuan daripada aspek ruang, fungsi, gaya atletik dan karakteristik premium MINI.

"Varian terbaru ini direka bentuk untuk perkadaran penuh kuasa dan karakter lebih matang di mana ia menampilkan elemen rekaan yang tipikal.

"MINI Countryman serba baru ini 20 sentimeter lebih panjang dan tiga sentimeter lebih lebar berbanding model terdahulu yang mempunyai panjang 4,299mm, lebar 1,822mm dan tinggi 1,557mm.

"Karakter off-road pula ditambah dengan Roof Rails yang boleh menempatkan kargo ekstra seperti rak bumbung, kotak atau rak basikal," katanya pada majlis pelancaran MINI Cooper Countryman dan MINI Cooper S Countryman, di sini, hari ini.

MINI Cooper Countryman yang dijual pada harga RM239,888 dan MINI Cooper S Countryman dengan harga RM269,888 hadir bersama jaminan perbatuan tanpa had selama empat tahun dan servis berjadual percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2017 @ 3:25 PM