Gambar fail menunjukkan jet pejuang Amerika, F18 di atas dek kapal USS Carl Vinson pada latihan bersama Korea Selatan dipanggil ‘Foal Eagle’ di laut Korea Selatan, pada 14 Mac. FOTO Reuters
Gambar fail menunjukkan jet pejuang Amerika, F18 di atas dek kapal USS Carl Vinson pada latihan bersama Korea Selatan dipanggil ‘Foal Eagle’ di laut Korea Selatan, pada 14 Mac. FOTO Reuters


Washington: Amerika Syarikat (AS) menimbang untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap Korea Utara sebagai tindak balas terhadap program senjata negara itu.

Seorang pegawai kanan AS yang enggan dikenali mengesahkan demikian ketika spekulasi semakin meningkat mengenai persiapan Pyongyang untuk mengadakan ujian peluru berpandu atau bom nuklear, esok.

“Pilihan ketenteraan kini dalam pertimbangan,” kata pegawai berkenaan.

Dia memberitahu demikian selepas Presiden Donald Trump memberitahu wartawan ‘masalah’ Korea Utara akan ‘ditangani.’

Kenyataan itu juga dibuat selepas tentera Amerika Syarikat menggugurkan bom bukan nuklear terbesar, menyasarkan kompleks terowong yang digunakan Daish di Afghanistan.

Trump juga menunjukkan kekuatan tenteranya minggu lalu apabila mengarah seranga peluru berpandu terhadap pangkalan udara tentera Syria yang didakwa menjadi tempat pelancaran serangan senjata kimia terhadap orang awam di bandar di utara negara itu.

Satu armada tentera laut AS yang diketuai sebuah kapal pengangkut pesawat kini dalam pelayaran ke perairan berhampiran semenanjung Korea.

Trump sebelum ini berulang kali berkata, dia akan menghalang Pyongyang membangunkan peluru berpandu nuklear yang boleh menjejaki Amerika Syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2017 @ 1:51 PM