LEBIH 200 arnab tempatan dan import bakal menemui pengunjung.
LEBIH 200 arnab tempatan dan import bakal menemui pengunjung.
PENGUNJUNG diberi peluang  menyentuh dan memeluk arnab sepuas-puasnya.
PENGUNJUNG diberi peluang menyentuh dan memeluk arnab sepuas-puasnya.
ANTARA spesies arnab baka campuran.
ANTARA spesies arnab baka campuran.
PENJAGAAN ke atas arnab sama sekali tidak sama dengan kucing atau anjing.
PENJAGAAN ke atas arnab sama sekali tidak sama dengan kucing atau anjing.
KAMARULAZWA (kanan) bersama rakan dan pemilik arnab eksotik serta tempatan di Pertunjukan Arnab Antarabangsa di Jaya One, Petaling Jaya.
KAMARULAZWA (kanan) bersama rakan dan pemilik arnab eksotik serta tempatan di Pertunjukan Arnab Antarabangsa di Jaya One, Petaling Jaya.
Siti Salmiah A Hamid


Masih ramai tidak mempunyai maklumat dan fakta mengenai penjagaan haiwan peliharaan dengan betul.

Selain kucing atau anjing, haiwan seperti arnab tidak harus dipandang remeh malah ia sebenarnya memerlukan penjagaan teliti dari segi diet pemakanan dan ketika ia mula membiak.

Orang ramai dialu-alukan berkunjung ke pusat beli-belah The School by Jaya One, Petaling Jaya bagi melihat dan mendapatkan maklumat mengenai arnab dalam Pertunjukan Arnab Antarabangsa 2017 yang berlangsung sehingga 16 April.

Kunjungan anda ke sana dinantikan 120 arnab dari 25 baka tempatan dan yang diimport.

Setiausaha Persatuan Pencinta Arnab Selangor (PECINTA) Kamarulazwa Muhammad berkata, sudah menjadi tanggungjawab PECINTA untuk menyatukan peminat, pemilik, penternak dan pembiak baka arnab di Selangor.

“PECINTA sentiasa berusaha membangunkan, memperkasa dan mengembangkan pemeliharaan arnab di Malaysia di samping mengeratkan silaturahim sesama ahli.

“Beberapa siri penganjuran sudah pun diadakan sejak 2013 membabitkan beberapa pertunjukan seperti Pertunjukan Arnab ARBA Antarabangsa UM 2013, Pertunjukan Arnab Antarabangsa Melaka 2013 dan Kiut Miut Fiesta 2016.

“Ia bukan saja mendekatkan masyarakat terutama anak dengan arnab malah menarik minat masyarakat yang ingin menjadikan arnab sebagai haiwan belaan,” katanya.

Pengunjung terutama kanak-kanak berpeluang mendekati haiwan berkenaan bahkan dibolehkan memeluk dan memberi makan si manja sambil diawasi keluarga masing-masing.

Aktiviti berkenaan mampu memupuk rasa kasih kanak-kanak dan menghargai haiwan agar menjadi insan lebih peka dan bertanggungjawab.

Aktiviti utama pada Pertunjukan Arnab Antarabangsa 2017 bakal sampai ke kemuncak apabila 145 arnab itu bakal dinilai oleh juri jemputan dari American Rabbit Breeders Association Inc (ARBA), badan yang mengawal selia piawaian baka dan pengiktirafan terhadap industri arnab dunia.

Pada 15 April pula, Pertunjukan Cavy Antarabangsa 2017 membolehkan orang ramai mengenali haiwan dari kumpulan guinea pig dan seangkatannya.

Aksesori haiwan, makanan, penyediaan arnab dan cavy turut dijual.

Orang ramai digalakkan mengenali arnab dengan lebih tepat menerusi ilmu yang akan dikongsi oleh pembiak baka.

Sekiranya ibu bapa sukar membuat pilihan dan ingin mendapatkan maklumat mengenai penjagaan arnab dan cavy, sila berkunjung ke The School yang berlangsung sehingga 16 April ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2017 @ 12:18 PM