JAYA Bachchan ketika bercakap di Dewan Tinggi Parlimen India, semalam.  - Agensi
JAYA Bachchan ketika bercakap di Dewan Tinggi Parlimen India, semalam. - Agensi
Agensi

New Delhi: Ahli politik Jaya Bachchan semalam menyelar kerajaan India pimpinan parti pelampau Hindu BJP yang dianggap terlalu taasub melindungi lembu tanpa mempedulikan jenayah terhadap wanita di negara itu.

Bekas pelakon yang juga isteri bintang Bollywood Amitabh Bachchan itu berkata: “Kerajaan perlu mengambil langkah agresif melindungi wanita. Kamu boleh melindungi lembu, tetapi keganasan terhadap wanita masih berterusan.”

Anggota Dewan Tinggi itu berkata demikian pada hari terakhir Sesi Bajet sebagai mengecam kenyataan seorang aktivis parti Bharatiya Janata (BJP) yang menawarkan 1.1 juta rupee (RM75,300) untuk membunuh Ketua Menteri Benggala Barat, Mamata Banerjee kerana berang apabila tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan keagamaan di Birbhum, Selasa lalu.

Anggota pemuda BJP, parti pelampau Hindu itu dirakam: “Jika sesiapa mendapatkan saya kepala Mamata Banarjee, saya akan memberi mereka 1.1 juta rupee.”

Lelaki itu turut menggelar Mamata ‘syaitan.’

“Bagaimana seseorang boleh dibiarkan membuat kenyataan seperti itu terhadap seorang ketua menteri wanita?” tanya Jaya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 8:30 AM