Shakespeare (kiri) nafi bertelagah dengan Ranieri. FOTO AGENSI
Shakespeare (kiri) nafi bertelagah dengan Ranieri. FOTO AGENSI
AFP

Madrid: Pengurus Leicester City Craig Shakespeare menafikan dakwaan menjadi punca menyebabkan bekas bos Foxes Claudio Ranieri dipecat.

Ranieri membawa Leicester menjulang takhta gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) biarpun diletakkan peluang 5,000-1 untuk memenanginya musim lalu.

Dia bagaimanapun dipecat Februari lalu selepas permulaan buruk menyebabkan Leicester terperosok ke zon penyingkiran.

Dalam penampilan pertama di khalayak ramai sejak pemecatannya Ranieri memberitahu "mungkin ada seseorang di belakang saya," apabila ditanya berikutan dirinya seperti dipandang remeh oleh pemain skuadnya sebelum ini.

Shakespeare adalah sebahagian daripada skuad kejurulatihan Ranieri sebelum mengambil alih tugas mengendali kelab itu.

"Saya bercakap kepada Claudio, dia berterima kasih kerana masa saya, dia bercakap mengenai bola sepak dan itulah bahagian saya," kata Shakespeare menjelang perlawanan Leicester berdepan Atletico Madrid pada suku akhir Liga Juara Juara (UCL), awal pagi esok.

"Kami tidak ada perbalahan."

Shakespeare juga bertanggungjawab mengubah nasib Leicester selepas menang enam perlawanan pertama sebelum kecundang 4-2 di Everton.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2017 @ 2:56 PM